HIBAH

Etiqa Family Takaful Berhad

INGIN MENDAPATKAN MEDICAL CARD ANDA?

MENGAPA PERLU AMBIL HIBAH TAKAFUL?

Terdapat sesetengah pihak ada yang tidak mahu ambil tahu dan peduli dengan hibah takaful. Hibah takaful ini merupakan pemberian berupa pampasan kematian kepada waris ketika seseorang itu masih hidup ,waras dan bukan paksaan. Hibah takaful akan diberikan kepada orang yang dia sayangi tanpa wasiat & tidak tertakluk kepada hukum faraid sekiranya pemegang takaful itu meninggal dunia. Hibah takaful ini amatlah penting kepada pemberi untuk diberikan kepada orang disayangi apabila sudah meninggal dunia nanti. 

Sebagai contoh situasi yang boleh digambarkan apabila seseorang individu tidak mengambil hibah takaful ini di mana si suami mempunyai harta bernilai Rm 2 juta tetapi tidak mengambil peduli langsung mengenai kepentingan hibah takaful ini kepada diri sendiri dan keluarganya. Duit simpanan si suami hanya disimpankan di dalam ASB sebanyak Rm500ribu. Apabila si suami itu meninggal dunia dan duit di dalam ASB-nya telah beku. Semua urusan duit itu akan di tolak kepada LHDN dan segala hutang-hutang si suami perlu ditolak. Maka lebih kurang tinggal Rm300ribu sahaja. Tapi bukan semua itu si isteri boleh dapat, kena melalui hukum faraid dahulu termasuk harta-harta yang lain. Si isteri hanya dapat 1/8 dari duit ASB si suami tadi dan harta lain dapat sebahagian tetapi selebihnya adik-beradik si suami yang lelaki boleh dituntut hartanya. 

Berdasarkan situasi tersebut, kita dapat dilihat bahawa kesan buruk si suami yang tidak mengambil hibah takaful itu telah mengakibatkan kehidupan si isterinya terseksa. Sekiranya si suami itu mengambil hibah takaful, ia dapat menjamin masa depan si isteri dan anak-anaknya dan juga ia dapat mengelakkan perebutan harta di kalangan adik-beradik apabila sudah tiada nanti. 


Hubungi kami untuk mendapatkan khidmat pelanggan kami+60179023132

ETAKFUL SERVICES BY RUBYPERUNDING ETIQA FAMILY TAKAFUL BERHAD2022